ruangan mencari

Monday, July 23, 2012

POLITIK: TAHNIAH BERSIH











Hari ini dalam sejarah, mahkamah tinggi telah membatalkan pengisytiharan oleh Menteri dalam negeri, BERSIH adalah pertubuhan haram. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Ini bagi aku adalah kemenangan rakyat yang selama ini melakukan pelbagai usaha untuk memastikan keadilan mekar di dalam pilihan raya negara kita ini dengan salah satu cara nya mewujudkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)... Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai... Semoga kemenangan demi kemenangan akan kita perolehi dalam memastikan kesejahteraan negara kita yang tercinta ini... SELAMATKAN MALAYSIA!!!


No comments:

Post a Comment