ruangan mencari

Monday, August 20, 2012

AGAMA: HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamu'alaikum... Selamat Hari Raya Aidilfitri... maaf zahir dan batin aku ucap kan pada kalian sahabat2 yang mengenali diri ini... dan kepada pembaca blog ini... Semoga raya korang menjadi raya yang sungguh bermakna tahun ini... :)) jgn maen mercun... maen pop2 je ok.... 

Monday, July 23, 2012

POLITIK: TAHNIAH BERSIH











Hari ini dalam sejarah, mahkamah tinggi telah membatalkan pengisytiharan oleh Menteri dalam negeri, BERSIH adalah pertubuhan haram. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Ini bagi aku adalah kemenangan rakyat yang selama ini melakukan pelbagai usaha untuk memastikan keadilan mekar di dalam pilihan raya negara kita ini dengan salah satu cara nya mewujudkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)... Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai... Semoga kemenangan demi kemenangan akan kita perolehi dalam memastikan kesejahteraan negara kita yang tercinta ini... SELAMATKAN MALAYSIA!!!


Wednesday, July 18, 2012

POLITIK: SYABAS MB


Kerajaan negeri Selangor hari ini (semalam) mengumumkan untuk merombak barisan pegawai pengurusan kanan Syarikat Bekalan Air Selangor melalui tindakan campur tangan ke atas pentadbiran syarikat tersebut.Exco yang bertanggungjawab dalam tindakan itu, Dr Xavier Jayakumar berkata, tindakan bagi memantau perkhidmatan operasi SYABAS itu adalah mengikut Perkara 32 dalam perjanjian konsesi air."Semua kakitangan SYABAS di bawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula."Jadi kita harap kakitangan SYABAS yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses 'step-in' (campurtangan) kerajaan negeri tidak berapa lama lagi," kata Jayakumar dalam satu kenyataan.Sehubungan itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media hari ini berkata surat makluman berhubung tindakan itu akan dihantar kepada Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pagi esok (hari ini)."Exco Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ini ke Putrajaya (pagi ini) secara peribadi kepada KETTHA kerana kerajaan negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.Selain itu, Selangor juga akan menghantar satu kumpulan profesional bagi melihat operasi SYABAS berhubung masalah air terawat di negeri berkenaan."Kumpulan ini dianggotai oleh Shuhaimi Kamaruzaman (ketua pegawai operasi eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (pengarah ABASS), Karim Endut (pengurus besar pengurusan air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kevin Lee (ketua perancangan strategik dan pelaburan, Perangsang Selangor)."Kumpulan ini dihantar kerana SYABAS gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada setiausaha kerajaan negeri pagi tadi," katanya. 
 
(sumber:MALAYSIAKINI) 

Semoga kerajaan negeri Selangor dapat mengatasi masalah ini dan seterusnya dapat menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan oleh rakyat dengan baik... Semakin hari, semakin matang kerajaan Selangor nie aku tengok... Walaupon kadang2 di cucuk oleh pelbagai pihak yang iri hati dan mahukan kerajaan Selangor yang ada skarang nie jatuh...  Semoga kemenangan milik kita di PRU-13... 

Thursday, July 5, 2012

RENUNGAN: MAMPUKAH AKU



Apakah mampu ku mencorak kembali sinar yang semakin pudar di dalam hati... Atau hanya aku mampu melihat perubahan yang akan menjadi semakin rapuh dan hanyut di buai arus kelalaian yang pernah kutakuti satu ketika dulu... Dimanakah kekuatan yang aku pahatkan selama ini... Sudah sekian lama dia menanti kepulangan ku... Namun aku masih endah akan penantian nya... Sampai bila harus jadi begini... Dimanakah simpang jalan keluar dalam dunia kesesatan dan berduri ini... Adakah aku akan pulang dengan kekotoran yang memalukan... Adakah aku akan pulang dengan topeng yang hodoh dan berkarat... Adakah dia akan sudi melihat wajah ku yang penuh lumpur dan daki kejahilan dan kesombongan... Aku akan terus meniti hari mencari dan terus mencari... Tidak sanggup lagi untuk aku terus sombong berjalan di jalanan yang bukan milik ku, sedangkan aku dipenuhi rasa seolah2 tidak bersyukur padanya...

Wednesday, July 4, 2012

POLITIK: RESPON TOK GURU NIK AZIZ




Saya mengalu-alukan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Kerajaan Johor melaksanakan hukum hudud sebagaimana diucapkannya dalam Sidang DUN Johor pada 20 Jun lalu.Tahniah Umno. Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Bagi saya sama ada Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah!  Dalam isu  ini tidak perlu cabar-mencabar mana-mana pihak, sebaliknya pelaksanaan hukum Allah adalah perlu diadakan demi kepentingan Islam. Saya menyokong sepenuh hati. Harapnya ia tidak akan ditarik balik, dan saya doakan ia jadi kenyataan. Saya dan Kerajaan Negeri Kelantan sedia bekerjasama demi memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia. Saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya.

*Respons kepada pertanyaan media di Pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim Kota Bharu pada 11 Syaaban 1433 bersamaan 1 Julai 2012. SUMBER: http://networkedblogs.com/zyDLL 

POLITIK: MUTIARA KATA...